Saturday, 14 April 2012
Friday, 13 April 2012
Thursday, 12 April 2012
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 5 April 2012
Masa : 9.00 am - 10.00am (60minit)
Tahun : 6 Amanah
Bil Murid : 22 orang
Tema : Sejarah
Tajuk : Kembara Sejarah
Nilai Murni :
i. Bekerjasama
ii. Hormat-menghormati
iii. Patriotisme
Objektif : Pada akhir pembelajaran ini murid dapat;
i. Murid dapat menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan laksamana Cheng Ho secara berkumpulan
ii. Murid dapat membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks .
iii. Murid dapat membina sekurang-kurangnya saturangkap pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan.
Fokus Utama :
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai..
Aras 3
i. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.
Fokus Sampingan :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk
e-mel yang mudah menarik dan bermakna.
Aras 3
i.Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat , indah dan menarik.
Kemahiran Bernilai Tambah : kemahiran Berfikir :-
i .Merumus
ii. Mengenal pasti idea utama
iii. Membanding beza
Kecerdasan Pelbagai
i. Interpersonal
ii. Verbal-linguistik
Kaedah penggabungjalinan dan teknik perbincangan
Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan
BBM : Teks, Video,Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia Ada :
- Murid pernah mendengar cerita tentang Sejarah Melaka dan Laksamana
Cheng Ho
-Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.
Langkah | Isi Pelajaran | Kaedah Penyampaian | Catatan |
Set induksi 5 minit | 1. Guru berbual-bual dengan murid tentang perlabuhan negeri Melaka sebagai perlabuhan interpot. 2. Guru Mempertontonkan Video gambaran perlabuhan negeri Melaka. | 1.1 guru bertanya murid samaada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak. 1.2 guru menceritakan tentaang keagungan dan kemasyuran Melaka pada suatu ketika dahulu. 1.3 guru menceritakan lambakan pedagang dari Negara asing dan bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca -china -portugis -Arab 1.4 Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut datang - Laksamana Cheng Ho | Tayangan video menggunakan Notebook dan LCD Nilai : Patriotisme |
Langkah 1 10 minit | 1. guru menggunakan teks dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 halaman 128 2. Murid menjawab secara lisan | 1.1 guru meminta seorang demi seorang murid membaca kuat teks dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid. 1.2 Guru meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama. 1.3 guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca. 1.4 guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat. -sangat -amat -lah 1.5 guru meminta murid mnyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan. | Buku teks bahasa melayu tahun 6 Kertas mahjung Kemahiran Ganerik: Kemahiran Berfikir teknik perbincangan Nilai : Hormat-menghormati |
Langkah 2 10 minit | 1. Murid secara berkumpulan menyenaraikan perwatakan laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut. 2.Secara berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan laksamana Cheng Ho | 1.1 guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru memberi kertas mahjung kepada setiap kumpulan. 1.2 Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh laksamana cheng ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka. 1.3 guru meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks 1.4 Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas | teknik perbincangan Nilai: bekerjasama |
Langkah 3 20 minit | 1. Membina 3 rangkap pantun bertemakan pelayaran laksaman Cheng Ho | 1.1 Guru meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun bertemakan laksamana cheng ho di atas kertas warna yang disediakan. 1.2 Pantun hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan berangkai 1.3 Guru menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya. | BBM: Kertas warna Pensel warna Nilai: Kerjasama |
Penutup 5 minit | 1. ulasan guru | 1.1 guru mengulas semula tajuk pejaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah Negara dapat memperkukuhkan lagi Negara tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa. 1.2 Guru menjelaskan bahawa Negara 1.3 Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesame sendiri dan bekerjasama. 1.4 Guru memupuk semangat dalam diri muri-murid agar melawat Negara asing agar bertambah ilmu di dada. | Kaedah pengukuhan |
Sunday, 8 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)